Isnin, 18 Januari 2010

Setelah keyboard mula berbicara....

assalamualaikum...

jika dulu,
tinta atau mata pena akan berbicara sendirian...
kini,
keyboard mula merajai minda kita semua.
mata pena dan tinta bagaikan lupus ditelan zaman.
namun itulah era bermulanya peredaran masa. Arus teknologi maklumat
berlumba-lumba untuk menguasai dunia. Kini dunia bagaikan tiada
lagi sempadan yang memisahkan antara dua darjat benua. semuanya bagaikan
sama sahaja pada mata maya kita tetapi masih lagi terpisah pada mata kasar. Benua yang terpisah oleh lautan tidak lagi menjadi penghalang di era maya. Namun di alam nyata, lautan bagaikan penghalang antara benua-benua dunia.

Dikesempatan ini, gunalah kemudahan yang ada sebaiknye. Namun batasanya yang ada harus bijak di telusuri dengan sebaiknye. Jangan sampai diri ternoda oleh kehebatan alam maya yang semakin menggugat keimanan. kini juga, keindahan dunia semakin terbentang luas di hadapan. Setahun perjalanan belum tentu lagi dapat menghabiskan sisa-sisa keindahan dunia.

Oleh itu, kebijaksanaan yang ada pada kita semua harus disyukuri dan dipergunakan sebaiknye. Pandai-pandailah mengaplikasikan kehidupan dunia yang serba moden dengan alam realiti kehidupan kita agar kita semua tidak tersesat di jalannya.

Apa2 pun, teruskan hidup. Bijakkanlah diri untuk terus berjuang demi kehidupan...
adioooossssss...

2 ulasan: