Khamis, 26 Februari 2009

Hari-hari biasa ku lalui.



Hari ini kau datang riang...
tersenyum buat ku senang...
kau rias diriku...
membuat aku bertambah sayang...

bait2 lagu yang membuatkan diri kita sentiasa ceria untuk meneruskan hari-hari yang bakal dilalui. di pejabat, kerja sedia menanti. pandai2lah cari ruang untuk menyiapkan kerja agar tidak tergendala. semoga apa yang dilakukan akan memberikan kepuasan dan keceriaan kepada kita semua untuk meneruskan hari-hari bakal menjelma.

hari Yang sudah tu sudah. usah dikenang lagi melainkan apa yang mampu membuatkan kite tersenyum ceria hingga seribu tahun mendatang. tak semua orang ingin mengenang kembali apa yang pahit dilalui. kerana ini akan mengundang kenangan silam yang sukar untuk dikikis dalam memori ingatan.

Tapi, jika ia masih menjelma itu bukan kehendak kita. anggaplah ia sebagai pengajaran yang mampu membuatkan kita mengenang kembali siapa kita sebenarnya. dengan itu, kita akan cuba berusaha untuk menghayati erti kehidupan dan sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik dalam hari-hari yang dilalui. Oleh itu, kenanglah apa yang baik dalam hidup kita. Kata orang, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan untuk terus berubah dan berusaha ke arah kebaikan diri.

Jadi renung-renungkanlah...
Hayatilah siapa kita sebenarnya...
Sesungguhnya, kerana Allah kasih tercipta...

Rabu, 25 Februari 2009

You All X Tahu Kan...



Sebenarnye u all sume x tau...
sebab.... sebab... sebab...
saya belum bg tahu pape lagi.
hehehehehehe..........................
Nak tulis blog nie penat gok kan. yea la every time and every day nak kena update. kalau x, isi yang same je la. so, kena buat research dulu nak cr isi yang sedap dan baik. you all tolong la...
seperti kata mamy jarum... pieeeeee tolong laaaaaaaaaaaaaaaa.

Tapi biasa la, adat orang yang baru belajar kan... nak buat blog lawa2 ambo x reti. so, buat sekadar cukup makan. kirenye ambo nie up to date la gok. x la jadi macam katak bawah tempurung ataupun beruk di atas penunggul. so, jangan jadi macam tu yea.

hari nie payoh plok rasanya nak cari ayat. idea x dok sokmo. ada je halangan. rasanye lah kan, hari nie sy x brape reti la nok tulis gapo2 kat cini. padan ar dengan hok ada doh tu kan..... bile2 ar plok tulis. pasti ken cari ayat kaw2 ar. asal jangan sampai ke bulan sudah sebab kalau minum kopi kapal api yang kaw2, sedapnye sampai ke bulan. sy x mau la cm tu. naya... nak turun susah sebab kapal x ada. syed muzaffar dah turun ke bumi pun.

k lah, nak wak kerja dulu ar. c u next time k. ku tinggalkan hari ini dengan pesanan. ingat kata goku, dragon ball ada tujuh biji semuanya.

adiossssssssss..........

Isnin, 23 Februari 2009

Renungan Bersama ku Teman....

Renungkan lah bersama-sama wahai teman...

Pernikahan atau Perkahwinan. ......... ......
Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!


Untuk isteri.... renungkanlah. ....
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!
Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Perihal Shin Chan.........

Aku lah shin Chan yang akan sentiasa menemani mu tanpa rasa ragu dan curiga...

Namun ku punya hati untuk menyelami keraguan mu.

Jadi, jangan ragu ragu untuk meneruskan penghidupan kerana ia lumrah alam ini.

Setiap manusia kadang-kadang terselit keraguan dalam diri mereka. Namun, kepekaan kepada keraguan memberikan mereka kekuatan untuk meneruskan sebuah kehidupan.

adiossssssss.........

kih... kih... kih...

New Blogger Status...

Kini, aku bukan lagi baby blogger. Aku sudah mampu untuk berdiri teguh dari merangkak. Aku sudah mampu bertatih untuk melangkah ke hadapan. Aku juga sudah berupaya berjalan untuk mula menghayun langkah selaju orang dewasa. Baby blogger sudah jauh ku tinggalkan di belakang. mula mencari makna sebuah blogger dewasa. mencari kematangan yang mampu membuatkan blogger lain tersenyum untuk menilai diriku.

Kini, aku sudah bersedia untuk mengorak langkah demi langkah. Masa silam akan menjadi kenangan yang terindah buatku. Masa sekarang akan kuluangkan sepenuhnya, masa hadapan akan ku cari kesudahannya. Namun kesudahan yang belum pasti menjadi milikku. Namun akan ku cuba untuk terus berusaha sedaya mungkin. Selagi kudratku mampu untuk ku hasilkan sisa2 semangat kehidupan.

Perjalanan masih jauh. Tak tercapai akalmu. Dunia serba moden semakin menerajui kehidupan. Lambat bererti terkubur tak berpusara. Namun kecekalan hati menjamin kejayaan bakal menjelma. Akulah blogger yang yang dulunya hanya bertatih, kini mampu tersenyum bangga kerana sudah mampu berlari pantas mengejar masa yang semakin menghimpit. Diri kita adalah penentu segalanya.

Selamat Pagi Kerja...

Alhamdulillah...

Pagi nie aku masih lagi berupaya melihat matahari terbit. Tetapi di hatiku masih terselit kerisauan yang tak pernah putus. Namun ku masih lagi mampu tersenyum dan mengatur langkah menuju ke tempat kerja. rutin harianku, kerja tanpa jemu... namun jauh di sudut hatiku masih lagi menilai kekhilafan yang lalu. mencari-cari erti sebenar kesilapan yang terlanjur.

ku mengharap jawapan pasti agar tidak ku ulangi kesilapan yang sama. jika masih berlaku,
ia ibarat meniti bara yang panas. ku harus bijak menilai dan mengorek segala kekusutan yang melanda. aku harus merungkai ia dari simpulan yang ketat agar terurai satu persatu. namun, ia memerlukan ketabahan yang mampu diharungi. jika tidak, ibarat melukut di tepi gantang.

Ahad, 22 Februari 2009

New Baby Blogger...


Akulah baby blogger.

Gatal sangat nak buat blog. 4/5 kali tulis x jadi lagi. mula la tension and cari orang suruh bantu...
mujur ada yang sudi bantuku...

dah namanye baby blogger, so x tau amende nak tulis dalam nie. hentam cromo je la. tu la gatal sengat. orang buat blog, kite nak buat juga. tapi x pe, baru nak blaja katakan.... kalau x tau, blaja lah........

Pengembaraan Shin Chan Bermula

harap anda semua berjaya menempuhi cabaran yang bakal bermula jeng.... jeng... jeng...