Isnin, 23 Februari 2009

New Blogger Status...

Kini, aku bukan lagi baby blogger. Aku sudah mampu untuk berdiri teguh dari merangkak. Aku sudah mampu bertatih untuk melangkah ke hadapan. Aku juga sudah berupaya berjalan untuk mula menghayun langkah selaju orang dewasa. Baby blogger sudah jauh ku tinggalkan di belakang. mula mencari makna sebuah blogger dewasa. mencari kematangan yang mampu membuatkan blogger lain tersenyum untuk menilai diriku.

Kini, aku sudah bersedia untuk mengorak langkah demi langkah. Masa silam akan menjadi kenangan yang terindah buatku. Masa sekarang akan kuluangkan sepenuhnya, masa hadapan akan ku cari kesudahannya. Namun kesudahan yang belum pasti menjadi milikku. Namun akan ku cuba untuk terus berusaha sedaya mungkin. Selagi kudratku mampu untuk ku hasilkan sisa2 semangat kehidupan.

Perjalanan masih jauh. Tak tercapai akalmu. Dunia serba moden semakin menerajui kehidupan. Lambat bererti terkubur tak berpusara. Namun kecekalan hati menjamin kejayaan bakal menjelma. Akulah blogger yang yang dulunya hanya bertatih, kini mampu tersenyum bangga kerana sudah mampu berlari pantas mengejar masa yang semakin menghimpit. Diri kita adalah penentu segalanya.

2 ulasan:

  1. gud luck! hehehehe ..ramai plak tadcrians yg jd blogger ek..apa2 hal pun blog ni x ubah mcm diari kita cuma pndai2 lah coretkan luahan supaya x melebihi batasan..anyway welcome to da world of bloggers!!

    BalasPadam
  2. bagus..bagus...matangkan diri anda...sekurang2 nye jadikan blog sebagai media sampaikan dakwah...bukan tempat luahan semata2...

    BalasPadam