Ahad, 1 Mac 2009

Hasil rantaian Lagu, tercipta madah...

Akulah sindarela.
Mengira bintang dilangit. Ku anggarkan sudah 3 malam tanpa bintang. Namun keabadian cintaku tetap kukuh terpatri diingatan. Dengan itu, ku seru dirimu agar terus jujur. walaupun mungkin caramu dan caraku berbeza. Ku tahu, padamu aku ibarat melukut di tepi gantang. Biarlah ku pendam sebuah duka saat hilang cintamu. Yang pasti diriku tetap kalis rindu yang tak tercapai akalmu.


Pulangkan...
Kenangan terindah yang tercipta hari ini dan semalam. Aku tak tahu antara dua. mana satu harus aku memilihnya. Adakah lelaki ini yang teman tapi mesra ataupun perempuan ini yang tercipta sebagai makhluk tuhan paling seksi. Aku semakin keliru. Kini aku dipersimpangan dilema dengan janji manismu. Aku terharu walaupun hanya angan dan sedar, kerana ku tahu mungkin langitmu lebih biru. Kenangan bersama hanyalah sekadar memori daun pisang.
Teman!!!
Kerana Yang Esa kasih tercipta dan akan ku kenangimu sampai syurga. Aku tahu, semua ada di sini. Yang pasti ia bukanlah khyalan. Nur kasih yang terlukis di hati tak kan hilang walaupun seribu tahun lagi. Namun kini, ia tiada lagi. Hilang di bawa angin.
Kasih...
Aku bukan lagi sekadar madah berhelah, bukan juga mengintaimu dari tirai kamar. Aku kini, dirantai digelangi rindu. Ku terharu dengan ketulusan hatimu. Mahakarya cinta menjadi bukti bunga-bunga cinta yang tercipta. Namun ku sebak, ibaratnya diriku tapak sulaiman di taman teman. Diriku tersepit dalam jerat percintaan yang tak pernah berpenghujung.
Ya Maulai...
Akhirnya kini pasti ku bukan milikmu...
Tapi kasihmu bertakhta di hatiku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan